Hari ini adalah hari cuti bagi pekerja-pekerja di Malaysia. Hari ini pekerja-pekerja menyambut dan meraikan hari yag dikhaskan untuk mereka. Di Malaysia boleh dikatakan pekerja menghabiskan masa bercuti ini dengan agenda mereka.
Di negara-negara di sebelah barat, hari pekerja merupakan hari pekerja melepaskan geram kepada majikan mereka. Mereka akan mengadakan tunjuk perasaan dan melemparkan pelbagai tuntutan.
Di Malaysia, Kerajaan mula memberi cuti sebagai cuti umum mulai 1 Mei 1972 setelah bertahun-tahun Kesatuan Pekerja menuntutnya. Pada mulanya pehak kerajaan tidak berminat melayan permohonan ini kerana dikhuatir pekerja-pekerja Malaysia akan merayaan Hari Pekerja seperti pekerja-pekera barat menyambutnya.
Di Malaysia nampaknya tauke-tauke Supermarket merayakan hari pekerja dengan mengadakan jualan 'murah'.
Tahun Baru Cina bagi tahun ini (2008) hanya 2 hari lagi. Kaum Cina telah pun membuat persiapan. Pagar rumah pun sudah dicat baru.
Pada sebelah malam sudah pun boleh kedengaran bunyi dentuman mercun. Kerlipan bunga api selepas dentuman pun boleh juga dapat dilihat.
Kalau dalam akhbar kerap juga diberitakan pehak Kastam atau lain-lain pehak berkuasa berjaya merampas berkontena mercun yang cuba diseludup masuk ke negara kita, dari mana pula datangnya mercun yang berdentum sebelah malam itu datang?
Atau ada kemungkinan juga yang dapat dirampas satu kontena dan yang terlepas lebih dari itu.
Semalam tengok siaran Buletin Utama TV3. Ada satu berita mengenai tindakan Kerajaan Negeri Melaka untuk mengurangkan bilangan babi yang diternak di kawasan yang tidak dibenarkan. Setelah 30 tahun lebih pendudukan disekitar kawasan ternakan itu bersabar menanggung penderitaan akibat bau besuk dan lain-lain lagi Kerajaan Melaka pun hendak bertindak.
Polis dan FRU pun datang untuk membantu, tetapi semuanya dapat dihalau oleh penternak babi. Operasi berkenaan ditangguhkan. Maka penderitaan penduduk di kawasan itu pun akan berterusan.
Tak tahulah pula polis dan FRU yang dapat membantu tidak dapat mengambil tindakan terharap penternak babi yang bertindak ganas menghalang itu takut kepada penternak babi atau takut kepada babi-babi di situ.
Sebuah helikopter Nuri kegunaan Angkatan Tentera Malaysia terhempas di kawasan Genting Highlands. Helikopter Nuri dari Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi itu, yang membawa tiga anak kapal bersama tiga penumpang, hilang setelah terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 9.35 pagi, 10 minit setelah berlepas, pada 13 Julai 2007 sehingga kini masih belum dapat dikesan.
Orang ramai bersembang di sana-sini mengenai helikopter yang telah berusia lebih 30 tahun masih digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memang mempunyai rancangan untuk menggantikan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Nuri tetapi bukan dalam waktu terdekat ini.
Ada suatu ketika dulu pernah kedengaran cadangan dari Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) agar kereta yang berusia 15 tahun dilupuskan bagi mengelakkan kenderaan-kenderaan lama terus beroperasi.
Syarikat atau mereka-mereka yang terlibat dengan penjualan helikopter tidak berhajatkah untuk membuat cadangan agar semua helikopter yang berusia lebih 15 tahun dijadikan besi buruk saja?
Lokasi: Luar Dewan Utama, Institut Perguruan Darul Aman, Jitra. Ahli-ahli Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah sedang sebuk mendaftar diri sebagai tanda hadir mesyuarat agung tahunan ke 53.
Mazlan: Dah daftar?
Ali: Dah.
Mazlan: Jom masuk dewan. Mesyarat dah nak mula.
Ali: Hang masuklah dulu. Aku nak duduk di luar.
Mazlan: La.... Orang mesyuarat di dalam.
Ali: Biarlah kat depa. Aku dekat nak habis nanti masuklah untuk ambil elaun kehadiran.
Paklong: Bila orang mesyuarat kita duduk sembang dengan kawan-kawan di luar dewan. Habis mesyuarat berebut ambil elaun kehadiran. Bila keputusan mesyuarat tidak seperti yang diharapkan, kitalah yang lebih-lebih komplen.
Jangan banding Pak Lah dengan Dr M, kata Muhyiddin Apr 20, 07 1:31pm / Malaysiakini.com
Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, generasi muda tidak seharusnya memandang rendah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana beliau masih baru memegang tampuk pemerintahan negara.
Adakah ini boleh diertikan bahawa Tan Sri Muhyidin Yassin sedar ada generasi muda yang memandang rendah kepimpiman Perdana Menteri?
Terbaca satu lapuran dalam akhbar Utusan Malaysia (21 April,2007), ada sebuah parti poitik di Malaysia meminta sumbangan minumum RM1,000 daripada setiap ahlinya sebagai persedian awal parti itu menghadapi pilihan raya umum.
Bagi yang tidak ada duit masa ini, bolehlah bayar secara ansuran. Bagi ahli yang ada barang kemas yang banyak boleh juga menjual sebahagiannya dan menderma kepada partinya.
Yang hendak bertanding pemimpin parti. Jika menang mereka mendapat habuan daripada kemenangan itu. Yang menderma ahli parti. Jika pemimpin mereka menang bolehlah pemimpin berkenaan menderma pula untuk kebajikan ahli-ahli parti.
Keadaannya hampir sama dengan beberapa pertandingan juara di TV. Peserta akan merayu penonton mengundi mereka melalui SMS. Setiap SMS yang dihantar akan dicaj sebanyak 50 sen. Yang mengeluarkan wang ialah penonton. Yang menjadi juara dan dapat hadiah yang lumayan adalah peserta.