|
Berbaik-baiklah dengan jiran
Islam adalah cara hidup. Ianya bukan sekadar agama tetapi melitupi semua espek kehidupan. Islam amat menitikberatkan hubungan antara keluarga dan juga sesama seagama. Islam juga menitikberatkan hubungan antara jiran kerana ia adalah salah satu daripada cara hidup Islam.
Umat Islam berkewajiban mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama jiran. Jiran adalah seumpama keluarga juga. Ini kerana ia memainkan peranan penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah. Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik sesama jiran dijelaskan di dalam firman Allah swt yang bermaksud:
"...dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki." (An-Nisaa':36)
Untuk menjaga hati jiran, kita hendaklah jangan membuat sesautu yang bakal menyakitkan hati jiran kita. Bila jiran bermasam muka dengan kita, maka kemungkinan anak-anak kita akan turut sama terasa kerana mereka tidak boleh lagi bermesra dengan anak-anak jiran kita.
Jika ini berlaku, tentulah anak-anak kita menyalahi kita. Berkorban apa saja, asalkan jiran bahagia.
# Pak Long | Permalink
| | |