|
Puji ada makna tuuuuu
Ada ahli parlimen berpendapat kebelakangan ini, stesyen TV di negara ini telah banyak membantu rakyat. Mereka banyak menyiarkan kesusahan dan peritan hidup rakyat. Banyak juga masalah rakyat dapat diselesaikan apabila disiarkan di TV.
Ada juga ahli parlimen yang mempertikaikan mengapa pegawai kebajikan masyarakat tidak dapat mengesan rakyat negera ini yang perlukan pembelaan, tetapi stesyen TV dapat mengesannya.
Agaknya ahli parlimen berkenaan tidak sedar bahawa TV tahu pun kerana ada orang lapor. Kalau tugas pegawai kebajikan adalah tugas meronda kawasan, sudah pasti mereka tahu. Tetapi tugas mereka bukan membuat rondaan.
Pehak kerajaan ada melantik beberapa orang penyokong mereka di kampong-kampong sebagai mata dan telinga kerajaan. Mereka-mereka ini dikenali dengan nama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong. Mereka ini berada di kampong. Jadi merekalah yang sepatutnya lebih mengetahui mengenai kampong mereka dan kawasan mereka. Merekalah sepatutnya melaporkan kepada pehak-pehak yang sepatutnya, termasuk wakil rakyat. Kalau mereka tidak lapor, mereka yang kerajaan lantiklah yang tidak menjalankan kewajipan mereka, bukanya pegawai kerajaan. Tugas-tugas JKKK
Laporan yang disiarkan oleh TV sebenarnya meringankan kerja pemantauan yang sepatutnya dibuat oleh wakil rakyat. Justeru itu memanglah patut wakil rakyat memberi pujian.
# Pak Long | Permalink
| | |