Link

04 August 2006  

Aku tahu la

Aku tahu. Orang lain pun tahu. Semua orang tahu bahawa tuan memang berkuasa. Orang yang berkuasa seperti tuan tentulah ramai yang sokong. Orang yang berkuasa seperti tuan tentulah mendapat perhatian.

Aku tahu. Orang lain pun tahu. Tetapi tuan mungkin tidak tahu bahawa sokongan yang diberikan oleh orang yang disekeliling tuan itu hanyalah sokongan dimulut saja. Mulut akan mengeluarkan kata-kata "Kami sokong" sedangkan dalam hati berkata "pergi mampus".

Tuan sepatutnya sudah tahu bahawa walaupun kita membuat sesuatu secara ikhlas, keikhlasan kita orang boleh pertikai juga bila orang lihat kepada siapa yang dapat banyak faedah daripada "keikhlasan" kita.

Bila ditutupkan peluang untuk orang lain membantah, kita janganlah berbangga bahawa kita tidak dibantah.


(nota: disalin dari http://takbenar.blogspot.com)

# Pak Long | Permalink |

Previous Posts

My Profile :

Paklong