|
Pantau jangan tak pantau!
dipetik dari "Utusan Malaysia"
"KUALA KANGSAR 14 Ogos - Datuk Seri Rafidah Aziz meminta kerajaan memantau laman-laman web terutama blog-blog individu yang banyak memuatkan fakta tidak benar mengenai pemimpin dan kerajaan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menegaskan, kebanyakan blog tersebut juga memuatkan fitnah terhadap pemimpin dan kerajaan.
“ Malangnya, ramai yang melayari blog-blog tersebut merasakan ia memuatkan perkara benar sehinggakan apa yang diperjelaskan oleh kerajaan tidak mahu diterima, katanya"
Orang menyampaikan perkhabaran dan cerita yang mengandungi fakta tidak benar mengenai pempimpin dan kerajaan bukan melalui internet saja. Di Kedai-kedai kopi pun banyak juga menyebaran fakta-fakta yang tidak betul.
Kalau kerajaan nak pantau blog-blog kerana kuatirkan penyebaran fakta yang tidak betul, pemantauan hendak-lah juga dilakukan di kedai-kedai kopi kerana di sana pun banyak juga penyebaran fakta yang tidak betul.
# Pak Long | Permalink
| |