|
Sesiapun pun serupa
Bila sudah berada di atas, orang kata, ujian Allah terhadap seseorang itu bertambah berat. Ujian datang dalam pelbagai cara dan bentuk. Cara pemimpin itu memimpin akan disoalkan.
Bila sudah jadi ketua, tentulah ada pengikut yang sentiasa mengiyakan apa saja kata ketua. Tujuannya bukan menyokong tetapi mendapat habuan menambah kekayaan diri.
Bila sudah jadi ketua, tentulah apa yang dibuatnya mesti betul. Kalau ada teguran atau bantahan dari yang dipimpin, itu adalah bertujuan mengganggu. Yang mengganggu mesti di ambil tindakan.
# Pak Long | Permalink
| |