Link

08 September 2006  

Baru La NI Nak Bising

Depa kata orang Melayu sudah ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan kaum lain di Pulau Pinang disegi kekayaan dan kemajuan. Kaum Cina telah berjaya sedangkan kaum Melayu telah terpingir jauh di luar bandar.

Pemuda UMNO menunding jari kepada pucuk pimpinanan kerajaan negeri kerana situasi ini. Kebetulan pula ketuanya dari kaum Cina.

Sudah pun dijamin bahawa hanya mereka yang sanggup berubah saja yang akan berubah. Dalam dewan undangan negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh Barisan Nasional, Kaum Melayu di wakili oleh 14 orang termasuk seorang sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Perwakilan UMNO hendaklah berusaha lebih gigih untuk mengubah kaum mereka. Kebanyakan orang Melayu akan berusaha untuk kesenangan, kekayaan dengan segera dengan menjual tanah mereka kepada kaum asing bila ditawarkan harga yang tinggi. Bila ini berlaku, mengapa pula disalahkan orang yang membeli?

# Pak Long | Permalink |

Previous Posts

My Profile :

Paklong