Link

14 February 2007  

Jamuan Teh

Pada Sabtu lepas (10 Feb) saya menghadiri majlis jamuan teh (Hi-Tea) anjuran Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Daerah Kota Star. Majlis yang diturut dihadiri oleh lebih kurang 40 orang ahli ini telah dilangsung di Restoran Minang Sayo, Alor Star.

Ini adalah penyertaan sulung saya. Saya difahamkan kerap juga 'geng pencen' ini mengadakan gathering. Memang baik majlis gathering seperti ini.,
dapat juga bersembang-sembang dan bertukar fikiran atau bertanya khabar di antara ahli-ahli.

Di majlis jamuan teh ini, Pengerusi Persatuan telah menyampaikan ucapan . Dalam Ucapannya, antara lain beliau berkata persatuan sedang giat mengujudkan cawangan persatuan di semua daerah dalam negeri Kedah. Beliau juga memaklumkan persatuan ada mengeluarkan bantuan kepada ahli-ahli yang terlibat dengan bencana banjir.

Di samping itu Pengerusi juga berkata pihak ibu pejabat persatuan sedang mengusahakan untuk mendapatkan beberapa penambahbaikan kepada pendapatan para pesara seperti mendapat imbuhan 'COLA' dan sebagainya.


Tuan Haji Mohd Noor, Pengerusi Persatuan


Sebahagian Peserta Lelaki


Sebahagian Peserta Wanita


Saya berharap agar lebih ramai lagi para pesara menyertai persatuan. Banyak faedahnya jika persatuan mempunyai ramai ahli.

# Pak Long | Permalink |

Previous Posts

My Profile :

Paklong