Selepas keputusan pepereksaan SPM diumumkan, tajuk perbualan orang ramai di mana-mana saja adalah mengenai keputusan pepereksaan yang diperolehi pelajar-pelajar. Malah ada juga surat khabar yang hendak menjadi jaguh dengan menyiarkan keputusan mendahului Kementerian Pelajaran.
Rata-rata orang bercakap mengenai siapa yang dapat banyak A1 dan sebgainya. Hari ini pula telah tersiar dalam akhbar mengenai dakwaan seorang bapa. Beliau yang berusia 53 tahun mendakwa beliau dan anaknya yang berusia 13 tahun memperolehi keputusan 24A1.
Pegawai dari Kementerian Pelajaran mengesahkan bahawa keputusan itu adalah palsu.
Tertanyalah bahawa sesiapa saja boleh menipu dan berbohong dan untuk menipu dan membohong anda tidak semestinya seorang blogger seperti yang didakwa oleh salah seorang Menteri Kebinet Malaysia sekarang ini.