PESERTA JURING II


Klik Gambar Untuk Biografiti:


 

FINAL: JUMAAT, 19 MEI 2006

 

Wednesday, April 12, 2006


CABARAN 7: WAWANCARA
Oleh: Mat Jan

Tugasan untuk Geng Ganjil.

Blogger-blogger hebat sering diwawancara oleh blogger-blogger lain. Malah, ada yang pernah diwawancara oleh akhbar dan majalah.

Kamu tidak perlu wawancara orang lain seperti peserta musim lepas. Musim ini, Wasit akan wawancara kamu, sebagai persediaan kamu menjadi blogger hebat. Salin 7 soalan berikut. Beri jawapan yang menarik, bernas dan kreatif:

1) Kenapa pakai nama Ayobkelubi? Amyz? Superdiman? Dari mana asal-usul nama itu?

2) Bila mula berblog? Macam mana boleh terjerumus ke dunia blog?

3) Blog macam mana yang kamu suka baca?

4) Blog macam mana yang kamu tak suka baca?

5) Apakah blog-blog ini ada peranan dalam masyarakat?

6) Beberapa perubahan telah dilakukan dalam JURING musim ini. Apakah cadangan perubahan dan komen-komen lain yang ingin kamu kongsikan untuk program JURING musim depan?

7) Kalau kamu sepohon pokok, kamu nak jadi pokok apa? Mengapa?

Deadline: Selasa, 18 April 2006, 12:00 tengah hari.

Pemenang tempat pertama akan mendapat GPA 4.00. Tempat kedua: 2.67. Tempat ketiga: 1.33.

Tempat pertama dan kedua akan mendapat tali pinggang merah dan mara ke cabaran seterusnya.

Tempat ketiga akan dijuring.

Selamat Bertarung!

# Mat Jan @ 3:04 AM |
 

 

KUDA-KUDA

JURING adalah pertarungan tiga bulan antara 12 blogger untuk merebut gelaran "Blogger Terhebat" dan hadiah-hadiah eksklusif. Setiap minggu peserta akan diberi tugasan untuk disiapkan. Tugasan menulis entri pelbagai topik dan genre. Entri mereka akan dinilai oleh panel juri dan pembaca. Setiap minggu peserta dengan markah paling rendah akan ditendang keluar. Peserta terakhir yang tinggal dalam gelanggang dikira Blogger Terhebat.

LANGKAH

SERANGAN

PESILAT

WASIT/JURI

Kepala Wasit:

Juri Tetap:

Juri Jemputan:

PENAJA

LAGU TEMA

Blogger Terhebat
(ikut tune "Pria Terhebat" SO7)


Hebat... blogger terhebat
Itu yang kuharap jadi padaku
Agar... agar diriku
Bisa memuaskan nafsu bacamu

Jangan... jangan siakan
Kemunculan blogku dalam   browsermu
Kerna melalui blogku
Aku bisa menghiburmu
Juga berkongsi ilmu

Ajari aku 'tuk jadi blogger   terhebat
Sudah terlalu lama
Bakatku tersembunyi
Menulis review kritis pun aku dah   mampu
Menulis komentar sosial pun aku   dah tahu

Di dalam Juring juri mencari...
Di dalam Juring aku menjadi...
Blogger terhebat!

Begitu banyak tugas yang tercipta   untukku
Tapi adakah aku bisa
Menyiapkannya untukmu?

Ya ya ya ya ya!

DAN LAIN-LAIN

Idea Asal/Konsep Permainan:
Tok Rimau

Rekabentuk Gelanggang:
Mat Jan

Juring II: Blogger Terhebat. Satu Lagi Projek GengJurnal Untuk Rakyat Malaysia.

Listed on BlogShares