PESERTA JURING II


Klik Gambar Untuk Biografiti:


 

FINAL: JUMAAT, 19 MEI 2006

 

Wednesday, April 12, 2006


Eksklusif : Temubual Bersama Amyz
Oleh: Amyz

1) Kenapa pakai nama Amyz? Dari mana asal-usul nama itu?

Nama Amy terlalu mudah ditemui, terlalu banyak didengari. Merata-rata kita boleh dengar nama Amy. Pasaran nama Amy ni banyak. Bila 'google'kan nama tu, kau akan dapat lebih dari 20 muka carian mengandungi nama AMY. Aku perlukan nama yang unik, senang dan sedap disebut. Aku sangat pentingkan 1st impression. Aku mahu kawan-kawan dan orang lain di dunia maya ini berfikir positif tentang aku. Misalnya, bila dengar nama aku, orang berfikir, Wah, nama AMYZ, nama cantik. Mesti tuan punya diri pun cantik. Misalnya la kan. :-p

AMYZ diambil dari nama aku juga. AMIZURAIDA. Aku pada mula memang nak letakkan nama AMIZURAIDA. Tapi at the end, orang tetap akan panggil aku Ami, Amie atau Amy, baik aku letak nama pendek sahaja. Kawan-kawan memanggil aku Amie. Tapi nampak macam tak komersil nama Amie kan? Lagipun kalau "Mat Saleh" dengar nama Amie, mereka ingat army. Aku tak mahu! Nak letak Amy pun, dah ramai orang bernama AMY. Jadi aku ambil huruf Z dari Zuraida, tambah pada AMY, maka jadilah AMYZ. Err.. umur tak mahu tahu? Status? Hehe. Gurau-gurau saja. ;-)

2) Bila mula berblog? Macam mana boleh terjerumus ke dunia blog?

Aku mula berblog sejak pertengahan bulan November 2001. Sebelum itu, aku memang ada sebuah personal laman web yang bodoh-bodoh saja. Aku mula membina web sendiri sejak tahun 1998. Aku memang minat mempunyai laman web sendiri dan sangat minat merekabentuk laman web. Itu sebab kau lihat web aku selalu bertukar layout. Tapi aku tak tahu apa perlu aku update setiap hari. Aku tak ada idea bagaimana menulis jurnal atau blog. Aku pernah baca jurnal orang lain. Setiap hari ada catatan tentang apa yang mereka lakukan. Tapi masa tu aku fikir, kenapa nak cerita tentang apa yang kita lakukan setiap hari untuk tatapan orang lain?

Aku pun melayari tiap laman web yang aku jumpa, melalui link yang ada di mana-mana web yang aku jumpa. Aku terjumpa jurnal Kroni Cik Kiah, yang membawa aku ke jurnal Mat Jan, Pika, Lan, Anas, Sera, Kak Max dan Bluehikari. Kebanyakan mereka menceritakan tentang apa yang mereka lakukan setiap hari. Dari situ timbul minat nak buat jurnal. Tak semestinya bercerita tentang apa yang kita lakukan. Pendapat tentang sesuatu isu juga boleh dijadikan entri.

Aku tutup laman web aku dari bulan Jun 2001, kerana waktu itu aku fikirkan bagaimana nak buat web + jurnal yang cantik dan menarik. Akhirnya, pada 14 November 2001, dengan berhostingkan Geocities, aku pun mem'publish'kan entri pertama aku.

3) Blog macam mana yang kamu suka baca?

Aku suka baca blog yang menceritakan pengalaman yang boleh kita pelajari. Macam Mak Andeh, banyak pengalaman beliau dalam mendidik anak-anak yang boleh aku contohi, bila aku dah ada anak kelak. Hehe. Contohnya la. Juga blog-blog yang ada unik, macam Tok Rimau, Jigo dan Spyz. Mereka ini memandang sesuatu perkara dari sudut yang berbeza. Mungkin mereka dah "matang". Ahaha.

Aku juga suka baca blog yang menghiburkan. Yang membuat aku ketawa. Seperti blog Naga, Mat Jan dan Mukeh (walaupun adakala ada entri 'tak senonoh') tapi aku anggap ia sebagai hiburan.

4) Blog macam mana yang kamu tak suka baca?

Blog yang tidak menggunakan bahasa dengan baik. Kalau nak tulis dalam bahasa Inggeris, maka tulislah dengan baik. Begitu juga jika menulis dalam bahasa Melayu. Jangan jadi perosak bahasa. Maksud aku, aku tak kisah tulisan kau bercampur bahasa, janji bila kau tulis tu, kau eja betul-betul. Bukan tengok jadi nenok, tahun jadi tawon dan sebagainya. Tapi aku tak kisah, sebab blog itu blog kau. Cuma aku tak boleh menjadi pembaca tegar blog kau.

Blog ini subjektif. Ada entri aku suka baca. Ada entri aku tidak suka baca. Aku tidak kisah sangat, sebab blog aku juga adalah luahan kepala otak aku yang kadang tak waras. Aku rasa aku pun tidak memberi yang terbaik kepada pembaca. Bagaimana aku harus harapkan yang terbaik dari blogger lain?

5) Apakah blog-blog ini ada peranan dalam masyarakat?

Aku anggap blog ini sebagai tempat meluahkan pendapat. Sebagai alternatif lain untuk meluahkan pendapat selain dari media massa. Lagi pula setiap rumah sudah pasti ada sebuah komputer. Kalau tak ada komputer pun, kafe siber ada di sana-sini. Blog mudah dan percuma. Informasi percuma di monitor anda 24/7. Kalau kau rasa blog masa kini banyak bercerita isu picisan, kau hanya perlu jadi pemilih untuk membaca blog berilmiah dan berinformasi.

Blog juga sebagai alternatif selain dari buku, majalah atau bahan bacaan lain bercetak. Ia menggalakkan sifat membaca. Ini adalah budaya sihat. Bagaimana pun, ibu bapa perlu ada kawalan di sini. Jangan biarkan anak anda melayari blog yang kurang sihat. Tekanlah butang Alt+F4.

6) Beberapa perubahan telah dilakukan dalam JURING musim ini. Apakah cadangan perubahan dan komen-komen lain yang ingin kamu kongsikan untuk program JURING musim depan?

Benar. Juring musim ini banyak berubah dari dulu. Perubahan yang baik dan mengagumkan. Sebaiknya JURING musim depan, penyertaan di buka dan calon disaring terlebih dahulu. Jika boleh, berikan satu tugasan, nilai dan pilih calon terbaik dan layak untuk menjadi peserta, bersaing merebut gelaran Blogger Terhebat.

Pemilihan juri pun bagus. Juri-juri pun sangat komited. Bab ini, aku puas hati. :-)

Tahun depan mungkin lebih best, grand dan hadiah yang best. Nyum. Nyum.

7) Kalau kamu sepohon pokok, kamu nak jadi pokok apa? Mengapa?

Mengapa pokok ye? Aku sebenarnya pelik dengan soalan ini. Aku ini wanita, aku prefer jadi bunga dari jadi pokok. Tapi dah ini soalan yang ditanya, aku kena jawab la kan?

Hmm.. Kalau aku jadi pokok (kalau, aku bilang kalau), aku nak jadi pokok bunga tapi bukan bunga taik ayam ye? Pokok Bunga Ros ke, Orkid ke (nak juga jadi bunga tu). Sebab, bila jadi pokok bunga, yang orang suka tanam kat pasu atau halaman tu kan. Tuan dia akan jaga baik-baik. Bagi baja, siram air dan belai. Tak ada orang pun boleh petik bunganya. Macam menatang minyak yang penuh. Kiranya, jaga baik punyalah.

Tapi, aku tak puas hati kenapa aku diberi soalan ini? Grrr.. Aku nak jadi bunga, tak nak jadi pokok!

# Amyz @ 11:18 AM |
 

 

KUDA-KUDA

JURING adalah pertarungan tiga bulan antara 12 blogger untuk merebut gelaran "Blogger Terhebat" dan hadiah-hadiah eksklusif. Setiap minggu peserta akan diberi tugasan untuk disiapkan. Tugasan menulis entri pelbagai topik dan genre. Entri mereka akan dinilai oleh panel juri dan pembaca. Setiap minggu peserta dengan markah paling rendah akan ditendang keluar. Peserta terakhir yang tinggal dalam gelanggang dikira Blogger Terhebat.

LANGKAH

SERANGAN

PESILAT

WASIT/JURI

Kepala Wasit:

Juri Tetap:

Juri Jemputan:

PENAJA

LAGU TEMA

Blogger Terhebat
(ikut tune "Pria Terhebat" SO7)


Hebat... blogger terhebat
Itu yang kuharap jadi padaku
Agar... agar diriku
Bisa memuaskan nafsu bacamu

Jangan... jangan siakan
Kemunculan blogku dalam   browsermu
Kerna melalui blogku
Aku bisa menghiburmu
Juga berkongsi ilmu

Ajari aku 'tuk jadi blogger   terhebat
Sudah terlalu lama
Bakatku tersembunyi
Menulis review kritis pun aku dah   mampu
Menulis komentar sosial pun aku   dah tahu

Di dalam Juring juri mencari...
Di dalam Juring aku menjadi...
Blogger terhebat!

Begitu banyak tugas yang tercipta   untukku
Tapi adakah aku bisa
Menyiapkannya untukmu?

Ya ya ya ya ya!

DAN LAIN-LAIN

Idea Asal/Konsep Permainan:
Tok Rimau

Rekabentuk Gelanggang:
Mat Jan

Juring II: Blogger Terhebat. Satu Lagi Projek GengJurnal Untuk Rakyat Malaysia.

Listed on BlogShares