PESERTA JURING II


Klik Gambar Untuk Biografiti:


 

FINAL: JUMAAT, 19 MEI 2006

 

Monday, April 24, 2006


Kalau Aku Jadi PM
Oleh: attoch

Kalau aku Jadi Perdana Menteri.
Huh, aku juga Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri.
Tapi aku tak perlu kediaman rasmi cukup sekadar rumah lot tepi.
Pejabat kerajaan diminta memadamkan lampu waktu rehat tengah hari.
Bukan apa? Jimat tenaga. Guna tenaga solar untuk masa depan negara ini.
Harga minyak petrol dan keperluan asas tidak dinaikkan dan terus melambung tinggi.
Jauh sekali... Jauh panggang dari api.

Kalau aku ganti Pak Lah.
Betul-betul banteras rasuah.
Kalau ada. Boleh blah...
Pastikan yang salah masuk mahkamah.
Jangan biarkan rakyat miskin semakin parah.
Usah sibuk membantu negara luar tak tentu arah.

Kalau aku jadi Prime Minister.
Aku control media dan reporter.
Pastikan insurans perubatan untuk orang miskin ada cover.
Sediakan peluang untuk graduan menganggur... Bukan setakat cakap kosong ajer.
Pastikan kebangkitan dan perjuangan Islam setiap corner.

Kalau aku jadi PM di bumi bertuah ini.
Gubal dasar yang praktikal dan boleh diimplimentasi.
Berikan subsidi untuk Bumiputera capai 30% ekuiti.
Baru boleh bersaing untuk rapatkan jurang yang terlalu tinggi.
Tiada merempat di bumi sendiri...
Gunalah kereta Nasional pasti dapat tol free sebagai saguhati.
Bukan pakai kancil cabuk pun berhutang sampai mati.

Kalau aku jadi PM satu masa.
Wujudkan demokrasi secara bijaksana.
Semuanya boleh dirunding cara.
Jangan biarkan rakyat menderita.
Kalau tak kena cara tegurlah saja, jangan diam dok mengata.
Isu air dengan Singapura dikaji semula dengan paksa.
Tiada kompromi lagi sebab ini soal maruah negara.
Kenapa New Zealand banyak kambing dari orang tapi ada Universiti Bertaraf Antarabangsa?

Kalau aku jadi PM akan datang.
Bukan dok sembang manifestasi dacing dan timbang.
Utamakan pengangkutan awam dan berkadaran dengan tambang.
Bukan buat kadaran dan perbandingan yang songsang.
Kualiti hidup rakyat diutamakan dan 'Pergi Turun Padang'.
Bukan masa pilihanraya baru nak sembang.
Amalkan pembangunan mampan, komprehensif dan seimbang.

Kalau aku jadi PM pemimpin rakyat.
Aku pastikan semua golongan rakyat sihat.
Banyakkan kaunter, sediakan perkhidmatan yang cekap.
Aku pastikan bulat-bulat rakyat mampu tanggung kos berubat.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Bulat menteri-menteri jangan kerana buat maksiat.
Jangan sampai rakyat naik meluat.

Kalau aku jadi PM satu ketika.
Aku pastikan menteri-menteri berkaliber dan berwibawa.
Duit rakyat jangan diguna sewenang-wenangnya.
Teruskan agenda pembangunan negara secara bersama.
Bagi projek secara adil dan saksama.

Kalau aku jadi PM masa depan.
Buat kenduri kesyukuran.
Jalankan perintah dan amanah Tuhan.
Aku sangup dan rela berkorban.
Selagi nyawa dikandung badan.
Segala janji akan dikotakan.
Jangan dilengahakan segala pelaksanaan.
Etika kerja guna 'Orang Dalam' perlu dihentikan.
Tingkatkan penguatkuasaan, hentikan pembalakan.
Bukan omong kosong macam setan.
Bangunkan sungguh-sunguhlah sektor pertanian.
Kenapa Negara Arab boleh tanam strawberi. Fikirkan?
Satu strategi merapatkan jurang pembangunan bandar, luar bandar dan pinggiran.
Jangan kerajaan boros, rakyat tanggung beban.
Pengisian erti kemerdekaan dan usaha mempertahankan.
Mentadbir pengurusan kerajaan penuh cekap, beramanah dan pertanggungjawaban.
Aku berdiri bagi ucapan.

(450 pp)

# attoch @ 8:26 AM |
 

 

KUDA-KUDA

JURING adalah pertarungan tiga bulan antara 12 blogger untuk merebut gelaran "Blogger Terhebat" dan hadiah-hadiah eksklusif. Setiap minggu peserta akan diberi tugasan untuk disiapkan. Tugasan menulis entri pelbagai topik dan genre. Entri mereka akan dinilai oleh panel juri dan pembaca. Setiap minggu peserta dengan markah paling rendah akan ditendang keluar. Peserta terakhir yang tinggal dalam gelanggang dikira Blogger Terhebat.

LANGKAH

SERANGAN

PESILAT

WASIT/JURI

Kepala Wasit:

Juri Tetap:

Juri Jemputan:

PENAJA

LAGU TEMA

Blogger Terhebat
(ikut tune "Pria Terhebat" SO7)


Hebat... blogger terhebat
Itu yang kuharap jadi padaku
Agar... agar diriku
Bisa memuaskan nafsu bacamu

Jangan... jangan siakan
Kemunculan blogku dalam   browsermu
Kerna melalui blogku
Aku bisa menghiburmu
Juga berkongsi ilmu

Ajari aku 'tuk jadi blogger   terhebat
Sudah terlalu lama
Bakatku tersembunyi
Menulis review kritis pun aku dah   mampu
Menulis komentar sosial pun aku   dah tahu

Di dalam Juring juri mencari...
Di dalam Juring aku menjadi...
Blogger terhebat!

Begitu banyak tugas yang tercipta   untukku
Tapi adakah aku bisa
Menyiapkannya untukmu?

Ya ya ya ya ya!

DAN LAIN-LAIN

Idea Asal/Konsep Permainan:
Tok Rimau

Rekabentuk Gelanggang:
Mat Jan

Juring II: Blogger Terhebat. Satu Lagi Projek GengJurnal Untuk Rakyat Malaysia.

Listed on BlogShares