PESERTA JURING II


Klik Gambar Untuk Biografiti:


 

FINAL: JUMAAT, 19 MEI 2006

 

Friday, April 14, 2006


KEPUTUSAN 6
Oleh: Mat Jan





Hari ini, aku ingin memberi Anugerah Juri Paling Berbudi-Bahasa kepada Encik Vovin, kerana:

1) Beliau suka minta maaf

"Atochsmart2, komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen, err...sorry kalau terkasar bahasa. Mat Jan suh hentam kaw-kaw. Sorry ye. Keh keh."

"Elmaaniq, komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen, err...sorry kalau terkasar bahse, huhuhu..."

"AhsueZ, komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen, err..sekali lagi ribuan maaf kalau terkasar ayat. Huhuhu."

Lepas bagi ranking pun: "Sekali lagi pohon maaf kalau komen-komen aku mengganggu sensitiviti."

2) Beliau ucap terima kasih

"Terima kasih Mat Jan sebab pelawa aku (jadi juri)"

Beliau satu-satunya juri jemputan yang ucap terima kasih kat Wasit :)

3) Beliau merendah diri

"Aku sendiri punya banyak kelemahan dan harapnya juga boleh belajar banyak benda dari kalian semua & Juring ini."

Aku terlupa nak pesan kat beliau benda yang aku pesan kat Basri & Adzlin sebelum program ini bermula: Juri mesti berlagak, riyak & takabbur, tak boleh merendah diri :)

Mungkinkah Encik Vovin terkesan dengan kempen "Budi Bahasa Budaya Kita" itu?

Undi peminat: minggu lepas kita cuma dapat 58 undi. Minggu ini kita dapat 205 undi.

Atochsmart2, Samurai dan Elmaaniq: kita jumpa lagi minggu depan.

AhsueZ: kamu dah buat sehabis baik. Terima kasih. Tapi kawan-kawan kamu buat lebih baik. Minta maaf. Kamu, dengan sopan-santunnya, dijuring!

{Lagu latar: budi bahasaaaa budaya kitaaaa...}

# Mat Jan @ 4:02 PM |
 

 

KUDA-KUDA

JURING adalah pertarungan tiga bulan antara 12 blogger untuk merebut gelaran "Blogger Terhebat" dan hadiah-hadiah eksklusif. Setiap minggu peserta akan diberi tugasan untuk disiapkan. Tugasan menulis entri pelbagai topik dan genre. Entri mereka akan dinilai oleh panel juri dan pembaca. Setiap minggu peserta dengan markah paling rendah akan ditendang keluar. Peserta terakhir yang tinggal dalam gelanggang dikira Blogger Terhebat.

LANGKAH

SERANGAN

PESILAT

WASIT/JURI

Kepala Wasit:

Juri Tetap:

Juri Jemputan:

PENAJA

LAGU TEMA

Blogger Terhebat
(ikut tune "Pria Terhebat" SO7)


Hebat... blogger terhebat
Itu yang kuharap jadi padaku
Agar... agar diriku
Bisa memuaskan nafsu bacamu

Jangan... jangan siakan
Kemunculan blogku dalam   browsermu
Kerna melalui blogku
Aku bisa menghiburmu
Juga berkongsi ilmu

Ajari aku 'tuk jadi blogger   terhebat
Sudah terlalu lama
Bakatku tersembunyi
Menulis review kritis pun aku dah   mampu
Menulis komentar sosial pun aku   dah tahu

Di dalam Juring juri mencari...
Di dalam Juring aku menjadi...
Blogger terhebat!

Begitu banyak tugas yang tercipta   untukku
Tapi adakah aku bisa
Menyiapkannya untukmu?

Ya ya ya ya ya!

DAN LAIN-LAIN

Idea Asal/Konsep Permainan:
Tok Rimau

Rekabentuk Gelanggang:
Mat Jan

Juring II: Blogger Terhebat. Satu Lagi Projek GengJurnal Untuk Rakyat Malaysia.

Listed on BlogShares